Monday, January 31, 2011

Jodoh??????

Apakah ciri-ciri orang yang bakal kita cintai ? Kebanyakkan orang akan meletakkan pelbagai jenis kriteria atau syarat bagi bakal pasangan atau kekasih mereka. Perkara ini merupakan kebiasaan yang lazim kerana semua orang mahukan kesempurnaan apatah lagi daripada aspek yang berkaitan dengan jodoh. Bohonglah jika ada yang mengatakan mahu mempunyai pasangan yang hodoh.Hal ini merupakan pembohongan yang paling kejam pernah anda lakukan untuk diri anda sendiri.Pasti setiap insan mendambakan mempunyai pasangan yang cantik,tampan,baik,sopan santun,beriman,berharta,berpelajaran tinggi dan lain-lain.Ciri-ciri ini hanyalah satu angan-angan oleh semua orang kerana jarang sekali ada yang begitu bertuah memiliki pasangan yang mempunyai kesemua ciri-ciri berikut.Cuba anda bayangkan jika anda berjumpa dengan pasangan yang memiliki kriteria seperti ini tetapi tiada sebarang perasaan cinta yang wujud pasti tiada gunanya kan? Saya amat gemar memerhatikan tingkah laku seseorang ketika saya berada di khalayak ramai.Rakan-rakan yang mengenali diri ini pasti sudah masak akan peragai saya.Daripada perlakuan ini saya dapat melihat banyak pasangan kekasih di sekeliling saya dan banyak ragamnya.Anda pasti akan setuju dengan kenyataan saya yang satu ini bahawa selalunya apabila si "pakwe" handsome si "makwe" tidak sejelita mana tetapi kadang-kadang apabila si "makwe" cantik si "pakwe" pula yang kurang tampan.Jika kaum adam melihat situasi ini bagi situasi yang kedua tadi  pasti mereka akan mempersoalkan situasi ini kerana seperti tidak adil wanita yang cantik dimiliki oleh jejaka yang kurang kacaknya begitu jugak sebaliknya dengan kaum hawa turut akan mempersoalkan situasi yang pertama. Inilah yang dinamakan jodoh Allah menciptakan segalanya secara seimbang.Jika kita berfikir secara logik kalau semua kaum adam mahu berkhawin dengan wanita yang jelita sahaja jadi wanita yang kurang cantik jadi anak dara tua ke? Begitu juga sebaliknya. Dalam setiap perhubungan rasa cinta dan sayang amatlah penting kerana tanpa kehadiran kedua-dua komponen ini hubungan yang dimana akan menjadi sia-sia dan tanpa hala tuju. Ada sesetengah orang sanggup meninggalkan pasangan yang setia denganya hanya kerana dia mendapat pasangan lain yang lebih tampan ataupun jelita.Mereka hanya mengejar rupa luaran padahal rupa luaran tidak akan kekal selamanya dan akan dimamah usia suatu hari nanti. Jika anda dapat memiliki seseorang yang lebih tampan dah cantik daripada pasangan anda sebelumnya tetapi si dia tidak mempunyai ciri-ciri pasangan yang baik mampukah anda meneruskan hubungan bersama mereka? Kerana itulah saya ingin katakan hargailah mereka yang sentiasa mencintai diri kita dengan ikhlas kerana bukan mudah untuk menemui seseorang yang ikhlas mencintai diri kita seadanya. Kecantikkan luaran dan kekayaan harta bukanlah segalanya kerana perkara-perkara ini hanya bersifat sementara.Sesorang itu akan nampak sempurna dan cantik apabila dia mempunyai hati yang mulia dan ikhlas memberi cinta walaupun kekurangan daripada aspek luaran.Kecantikkan sesorang itu amatlah universal lain orang lain pandanganya. Tapi jodoh dan pertemuan telah ditentukkan oleh Allah s.w.t. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan berdoa. Takdir akan menentukkan segalanya...

2 comments: